suria

Bunga Citra Lestari positif Covid-19 selepas pulang bercuti dari Bali

Bunga Citra Lestari maklumkan dirinya positif Covid-19.

PELAKON dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19.

Menurut Bunga dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan berharap akan sembuh tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Semakin rapat... foto BCL peluk Ariel NOAH dari belakang jadi bualan

“Saya baru dapat keputusan dan disahkan positif virus corona.

“Ketika ini saya sedang menjalani isolasi kendiri dan Insya-Allah akan kembali sembuh tidak lama lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bunga sebelum ini dilihat baru sahaja pulang bercuti bersama anaknya Noah Sinclair dari Bali, Indonesia.

Sementara itu, isteri Allahyarham Ashraf Sinclair ini menyarankan orang ramai menjaga kesihatan dan lebih berhati-hati.

“Saya sarankan orang ramai untuk mengambil langkah selamat dengan menjaga kesihatan.

“Tolong jaga diri anda dan orang yang tersayang. Tingkatkan sistem imunisasi badan dan sila ambil berat tentang perkara ini, ” tulisnya.

Penyanyi lagu Cinta Sejati ini menerima ucapan dan doa daripada rakan-rakan artis dan peminat supaya diberikan kesembuhan daripada jangkitan itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain