EPISOD akhir Running Man melibatkan Lee Kwang Soo telah pun ditayangkan di Korea Selatan pada Ahad lalu. Seperti kebanyakan peminat yang tidak dapat menerima kenyataan Kwang Soo tidak lagi bersama keluarga Running Man, begitu juga buat salah seorang ahlinya, Song Ji Hyo. ARTIKEL BERKAITAN: Episod akhir bersama ‘Running Man’, Lee Kwang Soo ucap terima kasih kepada peminat Menurut Ji Hyo, 40, selama 11 tahun bersama Kwang Soo terlalu banyak kenangan suka dan duka dilalui mereka bersama. "Saya macam tak percaya tidak akan lagi dapat melihat muka dan mendengar suara awak pada episod akan datang. Gambar kenangan terakhir Lee Kwang Soo bersama 7 rakan Running Man. "Kenangan selama 11 tahun bersama tiba-tiba muncul semula dalam minda saya sehingga membuatkan saya berasa sedih dan tidak sanggup melepaskan kamu pergi. "Terima kasih sentiasa ada dengan saya selama 11 tahun ini dan kamu sememangnya sudah bekerja keras selama ini," kata Ji Hyo. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Ji Hyo lagi, dia akan cuba bertahan agar tidak terbawa-bawa perasaan 'kehilangan' Kwang Soo dan akan terus memberikan komitmen sepenuhnya terhadap Running Man. "Datanglah melawat kami bila-bila masa kamu merindui kami, saya sayangkan kamu, Kwang Soo," katanya. Ucapan Ji Hyo buat Kwang Soo. Pada April lalu, Kwang Soo, 36, mengejutkan seluruh produksi dan peminatnya apabila mengambil keputusan untuk menarik dri daripada Running Man. Pelakon tinggi lampai itu terpaksa berbuat demikian bagi memberi masa untuk pemulihan kecederaan buku lalinya selepas terlibat kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu. Running Man yang bersiaran sejak 2010 memaparkan aksi lucu ahli-ahlinya seperti Yoo Jae-suk, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Jeon So-min, Yang Se-chan, Jee Seok-jin dan Haha. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!