suria

Baek Sung Hyun syukur anak sihat walaupun dilahirkan pramatang

Baek Sung Hyun bersyukur anak dalam keadaan sihat walaupun dilahirkan pra-matang.

PELAKON Baek Sung Hyun akhirnya memaklumkan kelahiran anak perempuan pada Rabu.

Walaupun berita gembira itu diumumkan lambat namun dia berpendapat ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi momen bahagia dengan peminat.

“Baek Sung Hyun menjadi ayah pada akhir Oktober tahun lalu dan dapat bayi perempuan yang membesar dengan baik," kata Agensi Baek Sung Hyun Sidus HQ.

Baek Sung Hyun berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya.

"Anak perempuan Baek Sung Hyun dilahirkan Oktober lalu."

Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi posting menerusi Instagram peribadi miliknya.

“Akhir Oktober 2020, saya menimang cahaya mata pertama. Dia lahir lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan doktor, ” kata Baek Sung Hyun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia juga bersyukur bayi itu bereda dalam keadaan sihat meskipun dilahirkan pra-matang.

Bayi perempuanya menjalani rawatan intensif di dalam NICU (Neonatal Intensive Care Unit).

Baek Sung Hyun berkahwin dengan istrinya pada April 2020 setelah menjalin hubungan selama empat tahun

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Baek Sung Hyun, Jadi Bapa, Dedah anak

Artikel Lain