suria

Aamir Khan terkenang bapa hampir muflis gara-gara buat filem tak dapat untung

Aamir Khan cerita pengalaman silam semasa melihat ayahnya bergelar seorang penerbit.

MEMBESAR sebagai seorang anak penerbit filem, pelakon terkenal Bollywood iaitu Aamir Khan berkata ayahnya pernah berdepan kegagalan apabila filem dihasilkan tidak mendatangkan keuntungan.

Menurut Aamir, ayahnya iaitu Tahir Hussain pernah melalui pelbagai dugaan dan cabaran sukar semasa awal pembabitan dalam industri perfileman di India.

"Saya berasal dari keluarga filem, saya pernah melihat pak cik dan ayah membuat filem... ayah seorang produser yang sangat cekal.

"Tapi dia tak tahu macam mana nak berniaga, jadi dia tak pernah hasilkan keuntungan dan hanya berdepan masalah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Satu filem memerlukan beberapa tahun untuk disiapkan, ada yang perlukan sampai tiga tahun," katanya.

Dalam pada itu, Aamir berkata keluarganya pernah berdepan masalah kewangan sehingga hampir muflis.



Aamir Khan (kanan) dan sahabat baiknya, Shah Rukh Khan.

"Dia berhutang agak banyak... kami hampir bankrup dan kami pernah hampir berada di jalanan waktu itu.

"Ibu pernah cerita... ayah mencari semula sijil ijazah kerana terlalu memerlukan kerja! Itulah situasi kami ketika itu," ujarnya.

Tahir Hussain mula berkecimpung dalam industri seni sejak 1961 dan menghembuskan nafas terakhir pada 2 Februari 2010.

SUMBER: Hindustan Times

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain