suria

Kehidupan tak pernah sempurna, Britney Spears mohon maaf kerana pura-pura okay

Britney tidak mahu orang melihat kehidupannya sempurna.

PENYANYI Britney Spears tampil memohon maaf kerana merahsiakan kehidupan malang yang dilaluinya dan berpura-pura dalam keadaan baik selama dua tahun.

Mengakui kehidupannya tidak pernah sempurna, Britney Spears berkata dia terpaksa menyembunyikan penderitaannya selama ini demi menjaga maruah selain malu untuk berkongsi kepada umum.

"Saya tidak mahu orang melihat kehidupan saya sempurna sebab ia sememangnya tidak... dan kalau anda membaca apa-apa mengenai saya menerusi berita minggu ini, anda mesti akan tahu kebenaran.

"Saya mohon maaf kerana berpura-pura yang selama dua tahun ini saya ok... saya lakukan demi maruah saya dan saya amat malu untuk berkongsi apa yang terjadi kepada diri saya.

"Percaya atau tidak yang saya pura-pura ok sangat membantu," luahnya menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.



Luahan Britney di Instagram.

Kes mahkamah melibatkan penyanyi wanita tersebut dengan bapa kandungnya iaitu Jamie Spears kini menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Britney pada Rabu tampil memberikan keterangan terhadap bapanya yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa sebagai penjaga kepada semua akses kewangan dan jadual kerjanya.

Dalam prosiding itu, Britney berkata dia seperti didera secara mental oleh bapanya sendiri sejak dari tahun 2008 apabila Jamie mengawal ketat segala urusan kewangan anaknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu, bapanya juga memaksa Britney memasukkan alat pencegah kehamilan IUD agar penyanyi tersebut tidak dikurniakan anak biarpun hatinya meronta mahu membina keluarga bersama teman lelaki, Sam Asghari.

Susulan itu, penyanyi lagu Toxic tersebut memohon agar pihak mahkamah dapat membebaskannya daripada 'cengkaman' Jamie yang telah mengawal aset dan kekayaanya yang dianggarkan bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain