suria

Netizen persoal pemilihan Rachel Zegler, warna kulit sawo matang dianggap tak sesuai jadi ‘Snow White’

Rachel Zagler memegang watak utama sebagai Snow White.

PENDATANG baharu Rachel Zegler dikecam netizen ketika diumumkan terpilih memegang watak utama dalam projek Snow White dari Disney.

Pelakon tersebut dianggap tidak sesuai membawa watak tersebut kerana warna kulitnya yang sawo matang.

Dikhabarkan dia bersaing dengan ramai peserta untuk mendapatkan watak tersebut.

Menerusi perkongsian di Twitter pelakon itu berkata, dia tidak akan mengubahkan warna kulitnya untuk watak itu.

Perkongsian Rachel di lama Twitter miliknya.

"Ya, aku Snow White. Tidak, aku tidak akan akan memutihkan warna kulitku untuk watak itu” tulisnya.

Namun, dia telah memadam ciapan tersebut selepas menerima komen dan reaksi daripada netizen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, pengarah Marc Webb memberi pujian kepada Rachel dengan bakat dan lontaran suara yang sesuai untuk watak tersebut.

"Kemampuan vokal Rachel sangat luar biasa dan sangat bakatnya," ujar pengarah.

Rachel juga dikhabarkan akan muncul dalam filem Shazam siri kedua yang akan ditayangkan pada 2023.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Rachel Zagler, Snow White, dikecam,

Artikel Lain