PENYANYI Ed Sheeran mengesahkan dia sekali lagi ada menyumbangkan lagu untuk kumpulan Kpop popular, BTS. Ini merupakan kerjasama kedua Ed, 30, bersama BTS. Sebelum ini, penyanyi Shape of You itu pernah menghasilkan lagu Make It Right yang dimuatkan dalam album BTS, Map of the Soul: Persona diterbitkan dua tahun lalu. "Saya baharu sahaja menulis lagu terbaharu untuk BTS. Mereka (BTS) semua sangat kool orangnya," kata Ed ketika ditemubual program Most Requested Live, baru-baru ini. Selain bercerita mengenai projek terbaharunya itu, Ed turut gembira melihat perkembangan muzik global sekarang yang banyak menampilkan penyanyi-penyanyi berbakat besar seperti Olivia Rodrigo dan Billie Eilish. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sementara itu, agensi pengurusan BTS, HYBE mengesahkan kolaborasi tersebut namun tidak mendedahkan sama ada lagu berkenaan akan dimasukkan dalam album terbaharu BTS yang bakal dilancarkan pada 9 Julai ini. Dalam pada itu, Ed kini tampil dengan single terbaharunya berjudul Bad Habits selepas hampir setahun berehat dalam industri. Sepanjang 'kehilangannya' itu, Ed mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan, Cherry Seaborn dan pasangan itu baharu sahaja menyambut kelahiran anak pertama mereka, Lyra Antarctica pada September tahun lalu. - The Star Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!