suria

Park Seo Joon kini fikir kerja lain, tak mahu jadi pelakon sepanjang hayat

Park Seo Joon mahu membuka ruang untuk ceburi bidang lain

PELAKON Park Seo Joon memberitahu biarpun seronok bekerja dalam bidang seni namun dia sudah mula memikirkan masa depannya sejak dua tahun lalu.

Memetik laporan Soompi, Park Seo Joon berkata dia mahu membuka ruang dan peluang lain kerana tidak mahu hanya berada dalam dunia lakonan selama-lamanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dua tahun lalu, saya mula ada pemikiran yang bekerja dalam satu projek yang seronok dan membuatkan saya gembira tapi saya tidak tahu sama ada saya akan lakukannya sepanjang hayat saya.

"Daripada mengatakan 'saya akan terus hidup sebagai seorang pelakon buat selama-lamanya', saya mahu membuka semua ruang kemungkinan yang berlaku.

"Tiada siapa yang akan tahu apa yang terjadi di masa hadapan, dan lakonan mungkin bukan segalanya dalam hidup. Saya juga ada perasaan ingin tahu bagaimana kehidupan saya dalam masa 10 tahun akan datang," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain