suria

Baru sebulan berkahwin, isteri Ifan Seventeen jalani IVF untuk segera dapat anak

Ifan mohon doa proses rawatan IVF isterinya berjalan dengan lancar.

BARU sebulan mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan dan isterinya iaitu Citra Monica tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Malah Ifan dan isteri yang juga seorang model terkenal Indonesia itu mengambil keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (​IVF) pada Rabu.

"Bismillah, pada pagi Rabu, isteri saya sudah melalui proses IVF bermula dengan pengambilan telur untuk dimasukkan ke dalam tabung.

"Doakan semuanya berjalan dengan lancar," kata Ifan menerusi laman Instagram miliknya.



Ifan dan Citra berkahwin pada 29 Mei lalu.

Rata-rata peminat serta rakan selebriti turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata dan proses yang dilalui mereka berjalan dengan lancar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan pasangan itu memilih untuk melakukan IVF sedangkan baru sahaja berkahwin.

Ifan Seventeen bernikah dengan Citra Monica pada 29 Mei lalu yang diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.

Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan