suria

Ga In didenda RM3,000 gara-gara ambil ubat tidur kerana masalah kemurungan

Ga In BEG didenda 1 Juta Won bersamaan RM3, 670

PENYANYI kumpulan Browned Eyed Girls iaitu Ga In didakwa menggunakan ubat terlarang bagi mengatasi masalah kemurungan yang dihidapinya.

Dia didenda sebanyak KRW 1 Juta bersamaan dengan RM3,670 disebabkan penggunaan ubat tersebut antara Julai hingga Ogos 2019.

Korea Selatan hanya membenarkan penggunaan propofol atau ubat tidur semasa menjalani pembedahan. Selain tujuan itu akan dianggap salah di sisi undang-undang.

Agensi Ga In menerusi sidang media membuat permohonan maaf terhadap tindakan yang dilakukan oleh penyanyi itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ga In dan agensi mengaku bahawa ini bukanlah hal yang benar. Kami minta maaf sekiranya hal ini menimbulkan kerisauan kepada semua terutama peminat.

"Dia mengalami kemurungan yang luar biasa, serta gangguan tidur yang teruk dan dia membuat keputusan tidak sepatutnya," kata agensi itu. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ga In, Browned Eyes Gilrs, murung

Artikel Lain