suria

Ifan Seventeen, isteri jalani rawatan IVF selepas sebulan kahwin atas nasihat doktor - “Bukan sebab Citra sakit atau saya tak sihat tapi...”

Ifan dan isteri melakukan IVF selepas mendapatkan nasihat doktor.

DIKRITIK kerana menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (​IVF) selepas sebulan berkahwin, vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan tampil memberi penjelasan.

Ifan, 38, menerusi laman Instagram miliknya menjelaskan dia dan isterinya iaitu Citra Monica, 35, dalam keadaan subur namun memilih untuk melakukan rawatan itu selepas mendapatkan nasihat doktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan berkahwin, isteri Ifan Seventeen jalani IVF untuk segera dapat anak

Ingin dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat, Ifan memberitahu rawatan itu juga merupakan salah satu ikhtiar untuk mereka berdoa kepada Allah.

"Ramai yang bertanya kenapa kami perlu melakukan rawatan IVF, adakah sebab Citra sakit? Atau saya yang tidak sihat? Alhamdulillah... kami berdua dalam keadaan sihat.

"Cuma rawatan IVF ini hanya salah satu saranan terbaik yang diberikan selepas mendapatkan nasihat doktor. Ada beberapa faktor yang kami pertimbangkan.



Ifan tampil menjelaskan perkara itu di Instagram.

"Selain usia, kami juga ingin memiliki anak cepat dan Insya-Allah ini salah satu ikhtiar kita dalam memohon kepada Allah untuk dikurniakan cahaya mata," jelas Ifan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Citra sudah mula menjalani proses rawatan IVF pada Rabu lalu dan terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan pasangan itu memilih untuk melakukan IVF sedangkan baru sahaja berkahwin.

Ifan Seventeen bernikah dengan Citra Monica pada 29 Mei lalu yang diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.

Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain