suria

Nia Ramadhani tak dapat layanan VVIP, menangis mohon maaf ambil syabu - “Saya seharusnya beri contoh baik”

Nia Ramadhani menangis di hadapan wakil media sambil mohon maaf atas kesilapannya.

SUSULAN siasatan ke atas bintang Indonesia Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie berhubung dakwaan mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan lalu, Ketua Polis Metro

Jakarta Pusat, Hengki Haryadi berkata tiada unsur pilih kasih dalam mengendalikan kes berkenaan.

"Perlu dijelaskan bahawa tidak wujud diskriminasi terhadap sesiapa... tunggu siasatan selesai," katanya.

Hengki menepis isu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat apabila pasangan suami isteri itu menerima layanan istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya 5 bulan ambil syabu... Netizen perasan wajah terbaharu Nia Ramadhani cengkung, pucat

Salah satu yang menjadi pertikaian adalah ketidakhadiran mereka selaku suspek ketika pertama kali kes ini umumkan kepada umum.

196243417_166099438812079_4385064719744008618_n

Nia Ramadhani bersama suami dan anak-anak mereka.

Sementara itu menerusi sidang media, Nia, 31, dan suaminya Ardi tampil memohon maaf dan akui menyesal dengan perbuatan yang dilakukannya berhubung isu penyalahgunaan dadah.

"Dengan kerendahan hati saya memohon maaf perbuatan ini kepada semua pihak khususnya keluarga, sahabat yang sudah menaruh kepercayaan kepada saya.

"Saya Nia Ramadhani Bakrie mengaku bahawa apa yang saya lakukan tidak sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang awam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya seharusnya memberikan contoh yang baik untuk anak dan orang-orang di sekeliling saya," ujar Nia sambil menangis di hadapan media.

Terdahulu Nia yang popular dengan watak Bawang Merah dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih ditahan bersama pemandu peribadinya pada 7 Julai lalu dengan syabu seberat 0.78 gram turut ditemui.

Suaminya, Ardiansyah Bakrie turut menyerah diri sejurus Nia ditahan polis dan mengakui sudah lama menghisap syabu secara haram di kediaman mereka.

Mereka didakwa melanggar Pasal 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 bahagian Narkotik, dengan hukuman maksimum empat tahun penjara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain