suria

San (Ateez) dapat ‘hadiah’ hari jadi paling tidak diingini... disahkan positif Covid-19 tanpa gejala

San (Ateez) yang sebelum ini menjalani kuarantin kendiri disahkan posiif Covid-19.

PENYANYI Kpop San daripada kumpulan Ateez disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mengalami sebarang gejala, demikian menurut kenyataan rasmi Agensi KQ Entertainment.

Berita sedih itu diketahui sehari sebelum San menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-22 pada 10 Julai.

Agensi bagaimanapun memaklumkan bahawa anggota lain Ateez disahkan negatif selepas membuat ujian calitan.

"Kami ingin memaklumkan kepada semua bahawa pada 9 Julai, San (Ateez) disahkan positif Covid-19 tanpa gejala, " kata agensi tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sehubungan itu difahamkan aktiviti yang melibatkan kumpulan berkenaan terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

"Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, Wooyoung, dan Jongho semua disahkan negatif wabak berkenaan.

"Kami sekali lagi ingin memohon maaf sekiranya membuatkan para peminat Ateez bimbang, " katanya lagi.

Terdahulu semua anggota Ateez sudah menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas salah seorang pekerja yang bekerja dengan mereka bagi satu acara baru-baru ini disahkan positif.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

San Ateez, positif Covid-19, Kpop

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan