PENYANYI terkenal Indonesia, Krisdayanti berkongsi berita sedih pemergian bapanya iaitu Trenggono pada petang Khamis. Menerusi Instagram, Krisdayanti memaklumkan bapanya berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir di Denpasar, Bali, Indonesia. Dalam perkongsian itu, isteri kepada usahawan Raul Lemos ini memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir. Penyanyi lagu Menghitung Hari ini dilihat menitiskan air mata menatap wajah bapanya. Krisdayanti berkongsi berita duka pemergian bapa di Instagram "Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang, bapa kami dalam usia 79 tahun. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Mohon doakan agar arwah diampunkan dosanya dan diterima semua amal ibadahnya. "Maafkan saya kerana tak dapat menemani papa pergi. Al-fatihah," tulisnya. Krisdayanti bagaimanapun tidak memaklumkan punca dan sebab kematian bapanya itu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!