suria

Putera Harry, Meghan hasil siri animasi 'Pearl'... kisah pengembaraan gadis 12 tahun

Ini merupakan projek kedua Meghan dan Putera Harry bersama Netflix.

PUTERA Harry dan Isterinya, Meghan Markle mengumumkan akan menghasilkan siri animasi 'Pearl' yang akan dilancar untuk perkhidmatan streaming Netflix.

Siri animasi itu khusus untuk tontonan sekeluarga yang diilhamkan daripada pelbagai wanita dalam sejarah.

Pearl merupakan projek Netflix kedua mereka akan memaparkan pengembaraan seorang gadis berusia 12 tahun.

Meghan selaku penerbit eksekutif bekerjasama pereka filem David Furnish.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Seperti ramai gadis seusianya, Pearl sedang dalam proses penemuan diri dan berusaha mengatasi cabaran hidup hariannya," kata Meghan dalam satu kenyataan.

"Saya sangat gembira Archewell Productions bekerjasama dengan Netflix dan penerbit yang hebat untuk bersama-sama membawa siri animasi baru meraikan wanita luar biasa," katanya.

Pasangan ini baru sahaja menandatangani perjanjian untuk membuat kandungan untuk Netflix dan Spotify.

Projek pertama mereka dengan Netflix akan memfokus kepada sukan invictus yang memberi peluang kepada anggota tentera dan veteran yang sakit dan cedera untuk bersaing dalam sukan. - FOXNEWS

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain