suria

Usia cecah 46 tahun, Shilpa Shetty aktif bersenam... mahu 'body' macam Jennifer Lopez

Shilpa Shetty amalkan yoga agar badan sentiasa langsing seperti Jennifer Lopez.

AKTRES Bollywood, Shilpa Shetty berazam untuk mendapatkan tubuh idaman seperti penyanyi terkenal Hollywood, Jennifer Lopez.

Shilpa, 46, berkata dia sangat mengagumi cara Jennifer atau nama glamornya, J.LO, 52, yang masih mengekalkan tubuh badan seperti mula memasuki industri hiburan pada 30 tahun lalu.

Menurut Shilpa, dia turut menerima pujian daripada peminat apabila mereka mengatakan tubuh badannya masih lagi kekal menawan seperti anak dara.

Shilpa mengakui banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkan badan idamannya.

"Saya banyak dapat pujian daripada peminat... bila mereka beri kata-kata pujian, saya rasa seperti penat lelah saya melakukan yoga akhirnya berbaloi," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pernah berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan, Shilpa berkata berat badannya mula naik mendadak sejak melahirkan anak sulungnya pada sembilan tahun lalu.

"Ketika itu saya memang kuat makan, tak jaga badan langsung sehinggalah satu hari itu saya sedar yang berat badan semakin naik mendadak.

"Selepas itu saya mula pasang impian untuk dapatkan badan idaman seperti J.LO, itu adalah benchmark saya. Dia merupakan idola saya.

"Bila saya berusia 65 tahun, saya nak tubuh badan saya kekal langsing seperti J.LO!" ujarnya.

Shilpa memulakan karier lakonan sejak dari tahun 1993. Antara filem lakonannya yang hit adalah seperti Baazigar dan Main Khiladi Tu Anari. - Hindustantimes

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain