suria

Penganut Kristian buat laporan polis, dakwa Kareena Kapoor hina agama lancar buku 'Pregnancy Bible'

Kareena Kapoor dituduh menggunakan sentimen perkauman pada judul bukunya.

AKTRES Bollywood Kareena Kapoor dituduh menggunakan sentimen agama terhadap sebuah buku yang dikarangnya berjudul 'Pregnancy Bible'.

Susulan itu, sekumpulan penganut agama Kristian membuat laporan polis di Kota Beed, Maharashtra terhadap aktres berkenaan pada Rabu.

Menurut pengadu yang juga Presiden Alpha Omega Christian Mahasangh Ashish Shinde, perkataan suci Bible yang digunakan pada judul buku yang dikarang oleh aktres tersebut menggores hati dan perasaan penganut Kristian.

"Perkataan suci Bible telah digunakan dalam judul buku dan ini telah menggores hati dan sentimen keagamaan orang Kristian," kata Presiden itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kareena didakwa sengaja berniat jahat bertujuan untuk memalukan perasaan penganut agama mana-mana kelas dengan menghina kepercayaan agama tersebut.

Pada 9 Julai, Kareena Kapoor melancarkan buku berjudul Pregnancy Bible yang mengisahkan rahsia dan pengalaman melahirkan dua cahaya matanya.

Kareena berkahwin dengan pelakon Saif Ali Khan pada 2012 dan dikurniakan dua orang anak lelaki Taimur Ali Khan,5 dan Jeh, 5 bulan. - TimesOfIndia

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain