suria

Hubungan cinta Kanye West & Irina Shayk sudah berakhir?

Hubungan Kanye West (kiri) dan Irina Shayk (kanan) berakhir setelah model tersebut hanya menganggapnya sebagai seorang kawan.

TAHUN 2021 penuh dengan kejutan dalam hubungan selebriti Hollywood, terdapat banyak khabar angin yang berlaku.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah khabar angin tentang kisah percintaan Kanye West bersama Irina Shayk.

Desas-desus mengenai kedua-dua selebriti itu timbul ketika mereka berdua dilihat bersama di Perancis untuk pesta ulang tahun kelahiran Kanye.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, kisah percintaan mereka berakhir apabila seorang sumber memberitahu bahawa Irina hanya menghadiri majlis hari jadi Kanye sebagai seorang kawan sahaja.

"Irina menyukai Kanye hanya sebagai seorang kawan dan tidak mahu meneruskan hubungan mereka ke fasa berikutnya.

"Dia tidak mahu dikaitkan dengan sesiapa sekarang dan gembira dengan kehidupannya sebagai seorang bujang," kata sumber itu.

Irina pernah memberi kenyataan tentang keinginan untuk merahsiakan kehidupan cintanya, setelah perceraian Irina dengan bekas suami Bradley Cooper.

Dia juga ingin menumpukan perhatian pada kehidupan peribadi, rakan dan membesarkan anaknya. -KOIMOI

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain