suria

Ada sebab Shailene Woody terpaksa kongsi berita pertunangan dengan Aaron Rodgers

Shailene dan Aaron bertunang pada Mac lalu.

PELAKON Shailene Woodley mengakui dia sebenarnya mahu merahsiakan pertunangan dengan pemain bola sepak iaitu Aaron Rodgers namun terpaksa berkongsikan berita itu sebelum orang lain menyebarkannya.

Memetik laporan Hollywoodlife, biarpun menerima pelbagai reaksi namun Shailene tetap dengan pendiriannya untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum.

"Apabila kami umumkan sudah bertunang, kami mahu lakukannya sebelum orang lain yang sebarkan berita tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pelbagai reaksi yang diterima dan kami rasa dah tiba masa untuk berkongsi sedikit tentang hubungan ini... kemudian kembali menjalani kehidupan dalam dunia kami sendiri," katanya.

Hubungan cinta Shailene dan Aaron mula menjadi perbualan hangat pada awal Februari lalu namun masing-masing mengunci mulut mengenai tarikh pertunangan mereka.

Bagiamanpun, Aaron akhirnya mendedahkan mereka sudah mengikat tali pertunangan pada sekitar Mac lalu.

Aaron sebelum ini pernah bercinta dengan bekas pemandu kereta lumba profesional iaitu Danica Patrick namun mereka berpisah pada Julai tahun lalu selepas dua tahun bersama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain