suria

Marshanda henti ambil ubat kawal nafsu makan, tak sesuai untuk penghidap Bipolar Disorder

Marshanda berhenti ambil ubat tahan nafsu makan.

PELAKON Indonesia Marshanda mendedahkan dia mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat kawal nafsu makan.

Menerusi perkongsian video di Channel Youtube Marshed pada Ahad, pelakon Indonesia ini berkata, ubat tersebut tidak baik untuk kesihatan dirinya yang menghidap penyakit Bipolar Disorder.

"Saya dengan mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat tahan nafsu makan disebakan tidak baik untuk kesihatan saya yang ada Bipolar Disorder dan bahaya untuk jantung.

"Ramai yang memberi sokongan dengan pengakuan jujur saya. Ia mencabar saya cuba untuk menjaga berat badan," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, selepas tidak mengambil ubat tersebut, badannya dia kini kelihatan sedikit berisi.

Ujarnya lagi, dia akan tetap tampil dengan yakin dan menerima dirinya seadanya.

"Walaupun ada yang komen negatif dan menjatuhkan, saya tetap gembira dan suka dengan diri saya. Saya bangga," katanya. - Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Marshanda, gemuk

Artikel Lain