suria

Bintang Running Man terhutang budi kepada peminat luar negara, produksi batal hasrat tamat siaran

Program Running Man terus bertahan sejak 11 tahun lalu.

PROGRAM SBS Running Man sudah bersiaran sejak 11 tahun lalu dan menjadi antara rancangan hiburan paling lama bertahan di Korea Selatan.

Baru-baru ini, bintang Running Man membuat pendedahan bahawa program itu sebenarnya hampir ditamatkan pada tahun kedua ia bersiaran.

Namun, disebabkan sambutan daripada peminat dari negara luar akhirnya membuatkan pihak produksi terpaksa membatalkan hasrat mereka.

Pada tahun 2011, program tersebut menerbangkan kesemua bintang Running Man ke Thailand untuk sesi ramah mesra bersama peminat di sana.

199706460_1399758170385290_4046053980670593873_n

Bintang Running Man kini kekal bertujuh selepas Lee Kwang Soo (duduk tiga dari kiri) ambil keputusan undur diri.

Namun tidak semua peminat tahu seminggu sebelum mereka berlepas ke Thailand, pihak produksi telah memaklumkan program Running Man akan ditamatkan siarannya dalam masa terdekat ketika itu.

Perkara tersebut telah membuatkan bintang program tersebut berasa tidak bersemangat namun semuanya berubah selepas kehadiran mereka disambut baik oleh peminat di Thailand.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Program ini masih lagi bersiaran kerana sokongan peminat kami di luar negara.

"Ketika sampai di lapangan terbang, kami lihat ramai peminat menyambut kedatangan kami, ingatkan ini adalah prank," kata Kim Jong Kook.

Running Man mula bersiaran pada 2010 memaparkan aksi lucu ahli-ahlinya seperti Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Jeon So Min, Yang Se Chan, Jee Seok Jin dan Haha.

Jun lalu merupakan episod terakhir Lee Kwang Soo selepas pelakon tinggi lampai itu mengambil keputusan untuk menarik diri.

Kwang Soo terpaksa berbuat demikian demi memberikan fokus terhadap pemulihan kecederaan buku lali yang dialaminya akibat kemalangan jalan raya tahun lalu. - Koreaboo

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain