suria

4 tahun kahwin, Dewi Perssik dituduh mandul kerana tiada anak... dedah alasan belum ‘ready’ hamil!

Dewi Perssik beri sebab masih belum memiliki zuriat.

HAMPIR empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Indonesia Dewi Perssik dan Angga Wijaya masih belum dikurniakan cahaya mata.

Gara-gara masih belum memiliki zuriat, Dewi atau lebih mesra disapa DePe menerima pelbagai komen negatif netizen sehingga ada yang menuduhnya mandul dan tidak boleh mengandung.

Enggan memikirkan komen jahat yang ditulis itu, penyanyi dangdut kelahiran Jember, Jawa Timur ini berkata dia menerima ketentuan rezeki itu dengan hati terbuka.

"Walaupun ada yang kata-kata hina tentang aku contohnya mereka kata aku mandul... tapi kan dulu saya pernah keguguran, jadi itu macam mana ya? Mandul?" jawabnya.

Sementara itu, Dewi mengakui tidak sabar untuk menimang cahaya mata namun perlu mengikut kehendak suaminya yang masih mahu menikmati waktu berdua.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ikut sahaja apa kata suami... saya mahu hamil tapi kalau suami masih mahu bulan madu macam mana?

"Dia masih mahu honeymoon lagi, seperti waktu bercinta. Ya! Kita kan baru bernikah empat tahun. Kalau suami kata... ayuh miliki anak, barulah kita buat," ujarnya.

Dewi Perrsik dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017.

SUMBER: Kapan Lagi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain