SUAMI bintang Bollywood Shilpa Shetty, Raj Kundra direman tiga hari atas dakwaan menghasilkan dan menyiarkan filem pornografi secara dalam talian pada Selasa. Raj Kundra,45 didakwa dalang utama dalam kes yang melibatkan pembuatan dan penerbitan filem pornografi tersebut. "Kami memiliki bukti yang cukup mengenai hal ini dan siasatan sedang dilakukan," kata pihak polis. Penangkapan itu adalah skandal terbaru yang menimpa Kundra yang mempunyai dua anak dengan Shetty, pemenang rancangan realiti Britain, Celebrity Big Brother pada tahun 2007. Susulan kes itu, memberi kesan kesan kepada kehidupan peribadi Shilpa sebagai selebriti. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Shilpa cukup terganggu dengan penangkapan Raj. Dia tidak merasa ingin datang ke penggambaran hari ini, dan telah pulang menjaga anak-anaknya. India mempunyai undang-undang yang ketat terhadap penerbitan dan penyebaran bahan lucah, tetapi menonton pornografi secara peribadi adalah sah. Pada tahun 2015, Lembaga Penapis Filem menyekat penerbitan filem Fifty Shades of Grey di pawagam, walaupun ditonton versi yang rendah. -IndianExpress Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!