suria

Shilpa Shetty tak percaya suami terlibat kes jual video lucah... terangkan perbezaan 'erotika' dan 'pornografi’

Raj Kundra tidak mengaku melakukan tuduhan tersebut.

PELAKON Bollywood Shilpa Shetty memberitahu dia tidak mengetahui tentang kandungan di 'Hotshots' iaitu aplikasi mudah alih di mana suaminya, Raj Kundra dituduh melakukan streaming kandungan pornografi.

Shetty mengatakan suaminya tidak terlibat dengan aplikasi tersebut dan menekankan perbezaan antara 'erotika' dan 'pornografi’.

ARTIKEL BERKAITAN: Tebabit kes hasil dan siar filem porno secara 'online', suami Shilpa Shetty direman tiga hari

Dia menegaskan suaminya Kundra tidak sama sekali terlibat dalam menghasilkan kandungan pornografi.

Polis merakam kenyataan Shetty petang Sabtu ketika sesi soal siasat.

Menurut sumber, polis membuat siasatan itu bagi memeriksa sama ada aktres itu mengetahui mengenai dakwaan suaminya dengan filem pornografi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada mingau lalu, polis merampas gambar dan video bersaiz 48 TB yang kebanyakannya adalah kandungan dewasa milik Raj Kundra.

Setakat ini polis juga turut merampas wang tunai bernilai Rs 7.5 juta bersamaan RM4.26 juta.

Kundra telah menafikan melakukan kesalahan tersebut, dan juga telah menamakan Pradeep Bakshi sebagai dalang utama.

Terdahulu, Raj Kundra, 45, direman tiga atas kesalahan menghasilkan dan menyiarkan filem pornografi secara dalam talian. - NDTV

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Shilpa Shetty, Rak Kundra

Artikel Lain