suria

Raffi Ahmad insaf selepas dijangkiti Covid-19, semakin rajin solat kerana takut dengar berita kematian

Raffi Ahmad telah menerima dua dos suntikan vaksin.

PELAKON dan pengacara Indonesia Raffi Ahmad memberitahu bahwa dirinya pernah dijangkiti Covid-19 namun tidak mendedahkan bila kejadian berlaku.

Raffi berkata, dia menyadari penyakit itu sebagai satu petanda baginya untuk berubah menjadi insan yang lebih baik terutama dalam soal ibadah.

Menurut Raffi, berita kehilangan orang-orang disekelilingnya memberi tamparan untuk dia berubah mendekatkan diri kepada Allah.

"Ini saya serius. Saya mula kembali berubah jadi rajin solat selepas kena Covid-19. Walaupun tidak teruk tapi mendengar berita kawan-kawan meninggal membuatkan saya insaf," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Raffi mendedahkan dia dijangkiti virus berkenaan dalam tempoh yang singkat berikutan sudah divaksin.

"Saya pernah buat ujian calitan Covid-19 dan disahkan positif. Tapi peliknya hanya sehari,"

"Alhamdulillah, mungkin disebabkan vaksin yang saya ambil itu mencegah untuk mudah dijangkiti," ujarnya.

Raffi juga bersukur karena tak mengalami gejala berat dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

"Ya memang kena jangkitan sehari dua tapi rasa lelah dan batuk-batuk serta saya amalkan makan vitamin," katanya. - Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain