suria

Gara-gara obses main video game, Heechul Super Junior kena tinggal kekasih

Heechul merupakan ahli kumpulan Super Junior.

AHLI kumpulan Super Junior, Heechul mengakui dia pernah putus cinta dengan teman wanitanya hanya kerana kegilaannya bermainan permainan video.

Pendedahan itu dibuat Heechul atau nama sebenarnya, Kim Hee Chul, 38, ketika mengacarakan episod kesembilan program hiburan Fallen for Korea - International Couple yang memaparkan isu tentang permainan video.

Heechul berkata disebabkan kegilaannya terhadap video game, teman wanitanya pada ketika itu telah angkat kaki kerana tidak tahan mendapat kekasih yang terlalu obses pada permainan video.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rakan pengacaranya, Kim Won Hee sempat mencelah dengan meninggalkan pesan terhadap Heechul agar cepat-cepat buang hobi tersebut sebelum dia mendirikan rumah tangga kelak.

"Awak perlu buang obses terhadap permainan video sebelum nak berkahwin nanti," katanya. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain