suria

Lalui pengalaman sama, Justin Bieber tak lokek bantu Billie Eilish berdepan populariti mendadak

Kedua-dua penyanyi popular ini saling berhubung dan memberi motivasi di antara satu sama lain.

PENYANYI Billie Eilish mengakui terhutang budi dengan rakan artis Justin Bieber yang banyak memberikannya nasihat dan tip untuk berhadapan dengan isu populariti segera yang diraihnya sejak menceburi bidang seni pada tahun 2015.

Billie, 20, menyifatkan Justin, 27, seorang rakan yang cukup baik memandangkan dia terlebih dahulu terjun ke dalam bidang seni sejak berusia awal belasan tahun.

"Dia kawan baik saya. Justin memang banyak sangat membantu saya lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan isu populariti yang sering membelenggu kehidupan selebriti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia akan selalu telefon untuk beri kata-kata semangat pada saya... memang saya hargai sangat kehadiran dia dalam hidup saya," ujarnya.

Pemenang Anugerah Grammy ini baharu sahaja tampil dengan album terbaharu, Happier Than Ever yang dilancarkan pada Jumaat. - Billboard

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain