suria

Takut salah tulis punca Jo In Sung tak buka akaun Instagram

Jo In Sung sudah hampir 24 tahun bergiat aktif dalam dunia lakonan.

MENYEDARI penting untuk seseorang selebriti itu mempunyai akaun media sosial, namun pelakon Jo In Sung mempunyai alasan tersendiri kenapa dia masih belum membuka akaun Instagram sendiri.

Menurut pelakon berusia 40 tahun ini, dia takut akan membuat kesilapan dalam menulis apa-apa informasi sekiranya mempunyai akaun media sosial.

"Bukannya saya tak suka nak ada akaun Instagram tapi saya takut kalau saya ada salah taip atau buat kesalahan ejaan sekiranya saya muat naik apa-apa entri di situ.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Nak buka akaun itu pun sesuatu yang agak mencabar bagi saya. Bila melibatkan hal-hal celik IT, saya memang tidak berapa tahu sangat," katanya.

Jo In Sung mula mencuri perhatian peminat Kdrama menerusi drama What Happened in Bali yang ditayangkan pada tahun 2004.

Filem terbaharu lakonan aktor ini berjudul Escape from Mogadishu baharu sahaja ditayangkan bermula Rabu lalu. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain