suria

Nak bercerai pun susah... Kelly Clarkson tertekan proses berpisah dengan Brandon Blackstock ambil masa lama

Kelly berkahwin dengan Brandon pada 2013.

PROSES perceraian dengan bekas suami, Brandon Blackstock yang mengambil masa terlalu lama benar-benar mengganggu emosi dan perasaan penyanyi Kelly Clarkson.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Kelly berasa sedih dan marah kerana terpaksa berdepan proses tersebut hampir setiap hari.

Malah, dia terpaksa mengeluarkan hampir dolar Amerika Syarikat (USD) 200,000 setiap bulan kepada bekas seperti yang ditetapkan mahkamah.

"Kelly kini sedang menangani segala emosi berikutan perceraiannya. Dia berasa sedih, marah dan terkejut. Dia tidak pernah menginginkannya menjadi tidak elok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia juga tidak menyangka ini adalah perkara yang perlu dia hadapi untuk satu tempoh yang lama, tetapi sekarang ini ia adalah sebahagian daripada kehidupan sehariannya," katanya.

Kelly mendirikan rumah tangga dengan Brandon pada 2013 dan mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu River, 7, serta Remington, 5.

Penyanyi lagu Because Of You itu mengambil keputusan untuk berpisah selepas memfailkan perceraian terhadap Brandon pada 4 Jun tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain