suria

Kris Wu nafi umpan remaja guna minuman keras - “Saya tidak pernah memaksa”

Kris Wu nafikan dakwaan terhadao dirinya,

AKHIRNYA bekas ahli kumpulan EXO yang berasal dari China Kris Wu atau Wu Yifan ditahan di Beijing kerana disyaki terlibat dalam kes rogol.

Menurut kenyataan polis Chaoyang, Kris disiasat atas tuduhan yang dibuat secara dalam talian kerana "memperdaya gadis-gadis muda untuk melakukan hubungan seks dengannya".

Dia dituduh secara terbuka bulan lalu oleh seorang pelajar berusia 18 tahun selepas menerima dorongan daripada mangsa lain yang turut diperdaya bagi melakukan hubungan seks.

Pelajar itu memberitahu media China bulan bahawa Kris memperdaya untuk melakukan hubungan seks ketika dia berusia 17 tahun menggunakan minuman keras.

Berdasarkan kenyataan polis sebelum ini, pelajar itu mendakwa dijemput oleh pasukan Kris ke rumahnya untuk membuat uji bakat bagi sebuah video muzik.

Kris sebelum ini menolak tuduhan itu

Studio Kris juga tidak memberi sebarang komen tentang penahanan itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, jenama terkenal termasuk Louis Vuitton, Bulgari, L’Oreal Men dan Porsche menangguhkan projek mereka dengan Kris susulan dakwaan tersebut.

Kris juga telah menolak semua tuduhan terhadap dirinya dan mengaku tidak bersalah.

“Saya hanya bertemu remaja itu sekali bersama rakan-rakan. Saya tidak memberikan minuman beralkohol kepadanya.

"Saya tidak pernah memaksa melakukan seks atau membuat temu janji untuk keluar bersama," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Kris Wu, dituduh rogol

Artikel Lain