BEKAS anggota AOA Mina kembali aktif di Instagram miliknya dengan memaklumkan dia berada dalam keadaan baik selepas membuat cubaan bunuh diri pada 29 Julai lalu. Mina atau nama sebenarnya Kwon Min-ah mengalami pendarahan yang teruk dan dikejarkan ke hospital. Susulan insiden itu, dia menutup akaun instagramnya dan mengaktifkan semula pada 3 Ogos lalu. Rata-rata netizen dan peminat memberikan komen positif serta memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi tersebut.[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ini merupakan kali kedua Mina melakukan cubaan bunuh diri, dia pernah melakukan perkara sama pada Ogos tahun lalu. Mina berdepan pelbagai kontroversi termasuk pernah bercinta dan ditipu seorang lelaki yang sudah mempunyai kekasih. - allkpop Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!