suria

Lee Kwang Soo jalani pembedahan buang skru di buku lali bulan depan

Lee Kwang Soo akan fokus pada proses pemulihan selepas ini.

BEKAS bintang Running Man, Lee Kwang Soo bakal menjalani pembedahan untuk mengeluarkan semula skru yang ditanam di bahagian buku lalinya sebelum ini.

Kwang Soo, 36, membuat pendedahan itu ketika muncul sebagai tetamu dalam program hiburan My Little Old Boy, baru-baru ini.

"Saya merancang untuk jalani pembedahan bulan depan dan akan teruskan terapi fizikal selepas itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tidak dapat fokus terhadap pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya... saya akan jalani pembedahan untuk keluarkan skru dan beri lebih perhatian terhadap proses pemulihan selepas ini," katanya.

Kwang Soo menjalani pembedahan buku lali kanan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 16 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, pelakon tinggi lampai itu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Running Man bagi memberikan fokus terhadap proses pemulihannya.

Kehilangan Kwang Soo ditangisi ramai peminat setia Running Man selepas 11 tahun dia menceriakan program tersebut. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Lee Kwang Soo, Running Man

Artikel Lain