PENYANYI dan pelakon Indonesia Cinta Laura belum bersedia untuk berkahwin namun mempunyai keinginan untuk mengambil anak angkat. Cinta yang berusia 27 tahun berpendapan usia kini adalah yang paling sesuai untuk dia menjaga seorang anak angkat. "Aku punya pandangan hidup sendiri yang tidak sesuai dengan orang Indonesia, tapi aku merasa usia 20-an adalah waktunya untuk menikmati," ujarnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Cinta, ibunya juga menyokong keputusan yang bertujuan untuk membantu bayi-bayi ditinggalkan ibu bapa. "Banyak anak-anak di luar sana yang terlantar. I need to help them. Aku tahu rami argue orang orang seperti saya tidak dapat memberikan kasih sayang seperti anak sendiri," katanya. Dia juga mempunyai niat untuk berkeluarga dan mempunyai anak tapi belum tiba masanya untuk ke arah itu. -Tribunews Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!