suria

Kai EXO pernah terfikir nak bersara usia 29 tahun, tak sangka mampu bertahan 10 tahun dalam dunia seni

EXO masih lagi aktif sehingga kini.

AHLI kumpulan EXO, Kai pernah berhasrat ingin bersara sebagai penyanyi sebaik umurnya mencecah 29 tahun.

Kai atau nama sebenarnya, Kim Jong In, 27, mengakui perkara itu timbul susulan dia melihat jangka hayat kebanyakan Kpop idol untuk bertahan lama dalam industri adalah lebih kurang lima hingga ke tujuh tahun sahaja.

"Saya dan ahli kumpulan EXO yang lain banyak bercakap mengenai penyanyi yang selalunya mampu bertahan selama lima hingga tujuh tahun sahaja.

"Kami pun selalu bergurau yang EXO tidak akan sempat cecah usia 10 tahun pun tapi tengoklah kami dah pun berada dalam tahun ke-10 sekarang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebelum ini saya pernah terfikir yang mungkin saya akan bersara sebaik sahaja usia mencecah 29 tahun, itu apa yang saya fikir masa dululah," katanya.

Kai berkongsikan cerita tersebut ketika diundang menjadi tetamu program realiti hiburan, Honeymoon Tavern baru-baru ini.

Bekas kekasih kepada Jennie Blackpink ini mula menceburi bidang seni dengan menyertai EXO pada tahun 2011.

EXO cukup popular dengan lagu hit mereka seperti Growl dan Love Shot. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain