suria

Mahu jimat air, Kristen Bell mengaku jarang mandikan anak- “Saya tunggu mereka berbau dulu”

Kristen Bell dan De Shepard jarang mandikan anak untuk menjimatkan air.

PELAKON Kristen Bell dan suaminya, Dax Shepard menjadi perhatian netizen apabila mengaku jarang memandikan anak.

Mereka mendedahkan perkara itu ketika temuramah di sebuah rancangan Talk Show The View pada selasa.

"Saya suka tunggu sampai badan mereka berbau. Bila dah terhidu bau itu la cara tahu mereka perlu mandi," kata Kristen.

Kedua-kedua selebriti itu berbuat demikian bagi menjimatkan penggunaan air tambahan pula wilayah tempat tinggal mereka di California sedang mengalami krisis air.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini seperti tanggung jawab kita sendiri. Kita tidak mempunyai banyak air, jadi saat saya mandi saya akan bawa anak-anak perempuan mandi sekali menggunakan air yang sama,” katanya.

Kristen Bell berkahwin dengan Dex Shepard pada 2013 dan dikurrniakan dua anak perempuan iaitu Lincoln, 8, dan Delta, 6.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain