AKTRES Hollywood Halle Berry berdegil untuk meneruskan penggambaran filem Bruised walaupun dalam keadaan tulang rusuk patah. Bukan sahaja sebagai pengarah filem namun dia juga memegang watak utama dalam filem tersebut. Dikhabarkan pelakon X-MEN ini, mengalami patah tulang rusuk ketika penggambaran hari pertama. Lebih parah lagi, bukan hanya satu sebaliknya dua tulang rusuknya patah. Keputusan Halle untuk meneruskan penggambaran filem tersebut disebabkan mengalami masalah kewangan. "Disebabkan ini adalah film independen, kami tidak punya bajet besar. Sebagai pengarah aku kata, aku tak berjuang sejauh ini dan bekerja sekeras ini untuk pulang," katanya. Filem Bruised akan ditayangkan di Festival Film International Toronto pada 2020, dan dijadualkan tayang di Netflix mulai 24 November tahun ini. -GeoTV Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI