suria

Dipenjara tiga tahun, peminat tetap beri kata-kata semangat kepada Seungri

Seungri disiasat berhubung penglibatannya dalam skandal kelab malam Burning Sun di Seoul.

DIJATUHI hukuman penjara tiga tahun pada Khamis atas kesalahan membabitkan kegiatan pelacuran dan perjudian, bekas ahli kumpulan BigBang, Seungri tetap mempunyai peminat yang menyokongnya.

Memetik laporan Allkpop, peminat memberi kata-kata semangat kepada Seungri yang berharap penyanyi itu akan terus kuat biarpun berdepan dengan hukuman yang berat.

"Awak sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati kami kerana anda selalu mempunyai gambaran Maknae yang nakal.

"Namun, antara sebab awak menerima banyak cinta daripada peminat kerana awak adalah anggota utama yang membawa BigBang ke puncak dunia K-pop.

"Peminat masih menyokong dan percaya awak akan mengatasi isu tersebut. Sekarang awak berdepan dengan dugaan, menderita di tempat terpencil yang terputus dari dunia luar.

"Sangat menyedihkan buat peminat awak untuk melihat bintang kesayangan mereka jatuh dari kehebatannya. Tetapi awak terus kuat menerima hukuman tersebut," tulis mereka.

Seungri atau Lee Seung-hyun didapati bersalah bagi kesemua sembilan pertuduhan terhadapnya termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.

Seungri disiasat berhubung penglibatannya dalam skandal kelab malam Burning Sun di Seoul.

Selain dipenjara, penyanyi itu turut diarahkan membayar denda berjumlah 1.15 bilion won Korea iaitu RM4.18 juta.

Menurut laporan akhbar Yonhap, mahkamah menyifatkan kesalahan penyanyi itu mencetuskan ancaman yang cukup berbahaya kepada negara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain