suria

Wanita fail saman terhadap Nicki Minaj dan suami, dakwa pernah dirogol Kenneth Petty tahun 1994

Nicky Minaj dan Kenneth Petty disaman.

PENYANYI Rap Nicki Minaj dan suaminya Kenneth Petty disaman oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol oleh Petty pada tahun 1994.

Wanita yang kini berusia 43 tahun mendakwa dia diserang Petty ketika berusia 16 tahun di Queens, New York City.

Nicky Minaj, 38, dituduh menghubungi keluarga mangsa dan berbohong kepada pengikutnya di media sosial mengenai kejadian itu.

Mangsa mengajukan tuntutan di Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Timur New York dengan mendakwa ditawar 500,000 USD bersamaan RM2.1 juta kepada mangsa untuk menutup cerita.

Wanita itu menolak tawaran yang diberikan oleh Nicky Minaj kemudian mendapat gangguan dan ancaman daripada penyanyi itu.

Sebelum ini, Kenneth ditahan kerana disyaki memperkosa dan kemudian mengaku bersalah atas cubaan memperkosa dan menjalani hukuman penjara empat setengah tahun.

Mangsa disahkan mengalami kemurungan dan paranoid kerana pergerakannya diekori serta menerimana gangguan dan ancaman daripada Nicky Minaj, Kenneth Petty dan rakan-rakan mereka. -TheGuardian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Nicky Minaj, Kenneth Petty, disaman

Artikel Lain