suria

Johny Depp dakwa diboikot, filem tidak ditayang gara-gara isu peribadi

Filem terbaharu Jhonny Depp berjudul Minamata tidak ditayangka.

PELAKON Johnny Depp mendakwa dirinya diboikot Hollywood gara-gara kontroversi bersama bekas isterinya Amber Heard

Ia susulan filem terbaharunya berjudul Minamata tidak ditayangkan di Amerika Syarikat.

Depp berkata filem itu wajar ditonton dan tiada kaitan dengan masalah peribadinya.

Pengarah Lewis mendakwa MGM Studios 'menguburkan' filem itu kerana masalah undang-undang Depp bersama bekas isterinya.

MGM mendakwa filem ini masih dalam penjadualan untuk dikeluarkan tetapi belum menetapkan tarikhnya.

November lalu, Depp didakwa memukul isterinya.

Sebelum itu, Depp menang kes mahkamah ketika dia berusaha untuk mengetahui samada bekas isterinya Heard menunaikan janji atau tidak untuk menyumbangkan 7 juta USD bersamaan RM29.6 juta kepada badan kebajikan selepas mereka bercerai. -Deadline

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Johny Depp, diboikot

Artikel Lain