suria

Alhamdulillah! Rizky Billar, Lesti Kejora bergelar suami isteri… mas kahwin RM300,000

Rizky akui gementar ketika majlis akad nikah berlangsung.

SELEPAS setahun menjalinkan hubungan istimewa, akhirnya pasangan selebriti terkenal Indonesia Rizky Billar dan Lesti Kejora sah bergelar suami isteri pada pagi Khamis.

Berkongsi mengenai debaran sebelum majlis akad nikah, Rizky mendedahkan dia terlalu gementar sehingga tersilap mengucapkan kalimah ijab kabul semasa sesi latihan.

"Selepas selesai akad nikah... sumpah badan saya tegang dari atas sampai bawah, maksudnya dari kepala sampai kaki.

"Sebenarnya saya sudah buat latihan awal, cuba-cuba baca dengan penghulu tapi ada salah... syukur semasa akad nikah sebenar semuanya berjalan lancar. Saya cuma yakinkan diri dengan niat ikhlas," katanya.

rizky 2

Majlis pernikahan pasangan ini disiarkan secara langsung menerusi salah satu stesen televisyen tempatan.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung penuh meriah di sebuah lokasi Hotel Intercontinental, Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Tetamu yang diundang ke majlis pernikahan mereka diwajibkan mengambil vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya satu dos dan perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu.

Pasangan ini memilih tema adat sunda dengan mengenakan busana adat berwarna putih.

Rizky menyerahkan mas kahwin sebanyak AS$72,300 (RM306,609) kepada Lesti.

Angka mas kahwin itu dipilih oleh Rizky bersesuaian dengan tarikh pertemuan mereka iaitu pada bulai Julai (7) bertarikh 23.

SUMBER: CNN

Artikel Lain