MENGEJUTKAN penyanyi Maia Estianty mendedahkan dia sedang mempersiapkan dirinya untuk bergelar janda sekali lagi. Maia berkongsi berita itu menerusi channel Youtube Nindy Ayunda pada Rabu. Sejak berkahwin kehidupan rumah tangga Maia dan suaminya Irwan Mussry bahagia dan tiada kontrversi yang tidak baik. "Walaupun umur begini saya sudah bersiap sedia mungkin suatu saat, cepat atau lambat saya akan menjadi janda kembali," katanya. Ujar Maia, dia bersiap sedia bukanlah disebabkan rumah tangganya yang tidak bahagia. Namun menurutnya persiapan yang dimaksudnya adalah sekiranya ditinggalkan pasangan hidup buat selamanya. "Kita tidak tahu umur seseorang, jadi kita tidak boleh terlalu memilih. "Sebab kalau pasangan kita meninggalkan kita disebabkan kematian kita harus bersedia," katanya lagi. Maia Estianty dan Irwan Mussry berkahwin pada 29 Oktober 2018 di di Masjid Camii Tokyo, Jepun. Sebelum itu, Maia telah berkahwin dengan Ahmad Dhani pada 1996 dan bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, 24, Ahmad El Jallaluddin Rumi, 22 dan Dul Jaelani,21. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI