suria

Kris Wu dikenakan waran tangkap atas tuduhan merogol

Kris Wu ditangkap atas tuduhan melakukan serangan seksual, mengancam ketika berada di sebuah pusat tahanan di Chaoyang

PENYANYI dan pelakon asal China, Kris Wu telah ditangkap oleh polis Beijing atas dakwaan merogol pada Isnin.

Lebih kurang dua minggu polis Beijing menyiasat Kris Wu atas tuduhan melakukan serangan seksual ketika berada di sebuah pusat tahanan di Chaoyang.

Kris akan kekal direman untuk membantu siasatan pihak polis bermula 16 Ogos.

Sebelum ini, Kris menolak semua tuduhan terhadap dirinya dan mengaku tidak bersalah.

Sebelum ini, dia dituduh secara terbuka oleh seorang pelajar berusia 18 tahun selepas menerima dorongan daripada mangsa lain yang turut diperdaya untuk melakukan hubungan seks.

Pelajar itu memberitahu media China bahawa Kris memperdaya untuk melakukan hubungan seks ketika dia berusia 17 tahun menggunakan minuman keras.

Sementara itu, Kris Wu memulakan kerjaya sebagai anggota EXO pada tahun 2012, sebelum memulakan kerjayanya di China pada tahun 2016. - Allkpop

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Kris Wu, dituduh rogol, ditangkap

Artikel Lain