AHLI kumpulan iKON iaitu Bobby mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dan menjadi seorang bapa pada September depan. Menerusi Instagram Bobby mengakui biarpun gembira bakal menyambut kehadiran ahli keluarga baru namun dia tetap berasa serba salah terhadap peminatnya. "Saya sudah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang saya cintai. Saya juga bakal menjadi seorang bapa pada September depan. "Saya sangat gembira dengan kehadiran ahli keluarga baharu tapi saya serba salah terhadap peminat yang terkejut dengan berita ini. "Sepatutnya saya beritahu anda awal tapi saya minta maaf kerana berkongsi perkara ini lambat," katanya. Bobby turut memohon maaf kepada peminatnya dan juga iKON kerana lambat berkongsi berita gembira tersebut. Bagaimanapun, Bobby merahsiakan identiti wanita yang bakal menjadi isteri dan ibu kepada cahaya matanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!