HUBUNGAN cinta penyanyi Kanye West dengan Irina Shayk yang terjalin selama dua bulan sudah berakhir sejak bulan lalu. Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Kanye tidak pernah mengambil serius mengenai hubungan mereka. Biarpun menganggap Irina seorang yang menarik, namun Kanye tidak mempunyai masa untuk bercinta kerana sibuk dengan kerja serta keluarganya "Memang benar Kanye dan Irina sudah berpisah tapi hubungan mereka tidak pernah bermula pun. Mereka bukan pasangan romantik yang bagus. "Hubungan mereka pun tidak pernah serius. Kanye terlalu sibuk dengan kerja dan luangkan masa dengan anak-anaknya. "Dia tidak mempunyai masa untuk bercinta sekarang. Tapi dia anggap Irina seorang yang sangat menarik. Sekarang mereka berkawan," kata sumber. Sebelum ini, desas-desus mengenai kedua-dua selebriti itu timbul ketika mereka berdua dilihat bersama di Perancis untuk pesta ulang tahun kelahiran Kanye. Namun, kisah percintaan mereka berakhir apabila seorang sumber memberitahu bahawa Irina hanya menghadiri majlis hari jadi Kanye sebagai seorang kawan sahaja. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!