suria

Rahsiakan usia kandungan kedua, peminat musykil Kylie Jenner hamil lagi selepas berpisah dengan Travis Scott sejak tahun lalu

Kylie dan Travis sudah mempunyai seorang anak bernama Stormi.

UMUM mengetahui personaliti terkenal Kylie Jenner kini sedang hamil cahaya mata kedua dan berita kehamilannya itu mendapat perhatian ramai.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu perut Kylie sudah menampakkan 'baby bump' namun merahsiakan usia kandungannya.

Seronok bergelar seorang ibu kepada Stormi, Kylie kini menikmati momen kehamilan keduanya dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan terdekat sahaja.

"Kandungan Kylie sudah mencecah beberapa bulan dan perutnya juga sudah menampakkan baby bump. Dia sangat teruja.

"Dia sudah lama menantikan untuk memberikan adik kepada anaknya, Stormi. Kylie seronok menjadi seorang ibu.

"Malah dia menikmati momen kehamilan secara privasi dengan meluangkan masa bersama rakan terdekat dan keluarga sahaja," kata sumber.

Namun kemusykilan timbul dalam kalangan peminat tentang kehamilan itu apabila difahamkan Kylie dan penyanyi Travis Scott sudah berpisah sejak hujung 2019.

Bagaimanapun mereka tetap menjalinkan hubungan baik malah sering meluangkan masa bersama sambil membesarkan anak perempuan mereka.

Jadi tidaklah begitu mengejutkan jika mereka memutuskan untuk mempunyai bayi lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain