suria

Ashanty tak sabar nak jadi nenek, tunggu kelahiran cucu sulung - “Bayi adalah anugerah, moga dipermudahkan urusan Aurel”

Ashanty (kiri) bersama Aurel Hermansyah yang kini hamil empat bulan.

KEHAMILAN penyanyi Aurel Hermansyah turut membuatkan seluruh keluarganya tumpang gembira terutama ibu bapanya, Anang Hermansyah serta isteri, Ashanty.

Memetik laporan Liputan6, Ashanty meluahkan rasa teruja untuk menantikan kelahiran cucu sulung mereka.

"Seorang bayi adalah anugerah. Hadiah dari syurga, malaikat kecil yang berharga untuk dihargai dan dicintai. Bayi ini akan mendapat banyak kasih sayang daripada kita.

"Cucu pertama kita, dan kesayangan kita. Saya tak sabar nak bertemu dengannya kerana saya sudah mencintainya," luah Ashanty.

Sebelum ini, Atta mengesahkan Aurel Hermansyah hamil lagi dengan kandungan kali ini sudah melepasi trimester pertama.

Ashanty 1

Kandungan Aurel kini sudah mencecah empat bulan.

Pada Mei lalu, Aurel yang juga anak kepada Krisdayanti dan Anang Hermansyah mengalami keguguran selepas mengalami pendarahan teruk.

Dalam pada itu, Ashanty turut mendoakan agar segala urusan Atta dan Aurel dipermudahkan sehingga kelahiran bayi sulung mereka.

"Semoga dipermudahkan urusan Atta dan Aurel sehingga bersalin. Kami akan selalu berdoa," katanya.

Aurel, 23, dan Atta, 27, yang diijabkabul di Hotel Raffles Jakarta pada 3 April lalu sudah bersedia menunaikan tanggungjawab untuk mempunyai cahaya mata awal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain