suria

[VIDEO] Lima hari debut, kumpulan Kpop Solia sudah bubar - “Maaf mengejutkan anda dengan berita buruk”

Kumpulan Solia terpaksa dibubarkan selepas lima hari muncul dengan single Dream.

KHABAR mengejutkan daripada industri hiburan Korea Selatan apabila Solia menjadi antara kumpulan Kpop terpantas dibubarkan iaitu hanya selepas lima hari dilancarkan.

Pada 16 Ogos lalu kumpulan di bawah syarikat pengurusan Space Music Entertainment ini tampil dengan lagu debut pertama mereka berjudul Dream.

Mereka dianggotai lima gadis iaitu Soree, Hayeon, Suna, Soyeon, dan Eunbi.

Menerusi posting di Instagram rasmi Solia pada 22 Ogos, mereka meminta maaf kerana mengejutkan peminat dengan berita buruk itu.

Perkonngsian itu menjelaskan tindakan pembubaran terpaksa diambil berikutan syarikat naungan tidak lagi mampu menguruskan mereka.

Berikut adalah kenyataan penuh Solia:

Helo, kami Solia.

Kami minta maaf kerana mengejutkan anda dengan berita buruk secara tiba-tiba.

Pada masa ini syarikat tidak lagi mampu menguruskan kumpulan kami, Solia kerana keadaan mereka. Kami telah berbincang panjang lebar dengan syarikat itu.

203574260_516386686443348_7705275520868945437_n

Solia dianggotai Soree, Hayeon, Suna, Soyeon, dan Eunbi.

Ia satu tempoh masa yang sangat singkat, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih dan maaf kepada peminat yang menyokong kami dan menyayangi kami.

Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai aktiviti peribadi ahli Solia, saya sangat menghargainya jika anda follow Instagram mereka.

Sekali lagi, kami meminta maaf kepada peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain