suria

Peminat serbu Salman Khan di Rusia, terkejut siap sarung janggut palsu… tapi tak pakai mask di tempat awam

Penampilan berbeza Salman Khan menarik perhatian peminat di media sosial.

PENAMPILAN aktor terkenal Bollywood, Salman Khan di Bandar St Petersburg, Rusia mencuri tumpuan peminat.

Menurut laporan The Hindustan Times, Salman berada di kota bersejarah itu bagi menjalani penggambaran filem Tiger 3 bersama beberapa pelakon lain antaranya Katrina Kaif termasuklah anak saudaranya Nirvaan Khan.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah pelakon dan beberapa kru dilihat tidak memakai pelitup muka semasa berada di set penggambaran.

Sebelum ini, produksi memaklumkan penggambaran dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

salman khan rusia

Salman Khan bawa watak seorang ejen atau mata-mata dalam filem Tiger 3.

Tiger 3 terbitan produksi Aditya Chopra sudah memulakan penggambaran sejak 18 Ogos lalu.

Dalam filem ini, Salman membawa watak sebagai ejen atau mata-mata yang melakukan penyamaran dan siasatan.

Aktor berusia 55 tahun ini tampil dengan penampilan berbeza mengikut karakter dan perlu mengenakan janggut palsu berwarna coklat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan