suria

Selepas insiden hina kemaluan bekas isteri, Galih Ginanjar ‘lost contact’ dengan anak… terlalu rindu tapi malu nak jumpa

Galih malu nak berjumpa anak meskipun mengakui terlalu merindui.

PELAKON Galih Ginanjar mengakui sangat merindui anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Fairuz A Rafiq iaitu King Faaz Arafiq.

Menurut laporan KapanLagi, Galih berkata dia masih belum dapat berhubung dengan anak lelakinya itu kerana bekas isteri sudah menukar nombor telefon.

Malah usaha menghubungi menggunakan mesej peribadi di Instagram juga belum berhasil kerana sehingga kini ia masih belum dibalas.

Dalam pada itu, Galih berkata dia kesal dan terlalu malu dengan insiden yang pernah berlaku sebelum ini.

Meskipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka hingga berlinang air mata, namun Galih berkata dia masih menerima banyak komen negatif daripada netizen.

"Saya menangis kerana terlalu rindu... itu bukan rekaan atau lakonan. Banyak komen negatif di Instagram, tak apa saya terima semuanya. Mungkin mereka kecam saya kerana kelakuan saya dahulu salah.

"Itu reaksi spontan... sebab sebut nama Faaz saya jadi sedih kerana saya belum boleh jadi ayah yang baik buat dia... lagi pula saya belum boleh jumpa dia kerana sejujurnya saya malu.

"Kesilapan dulu membuatkan saya malu untuk bertemu anak dan takut adakah dia mahu bertemu saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain