suria

Pelawak seberang sanggup tayang rambut demi duit, tak peduli kecaman netizen ‘on off’ pakai tudung

Elly sanggup buka tudung jika perlu kerana kerja.

PELAWAK terkenal dari Indonesia, Elly Sugigi mengakui masih belum berhijab penuh dan tidak kisah jika perlu menanggalkan tudung demi tuntutan kerja.

Menurut laporan Tabloid Bintang, Elly berkata dia tidak ambil pusing dengan kritikan dan komen negatif segelintir pihak berhubung pendiriannya dalam isu ini.

Meskipun rela tayang rambut kerana tuntutan kerja, dia akan memastikan dirinya memakai pakaian yang sesuai serta tidak mencolok mata.

"Saya pakai stokin, baju lengan panjang supaya tak nampak aurat.

"Rambut dilepas tak apa, yang penting saya tidak nampak aurat (lain) dan tidak berbuat dosa.

"(Ini) Pekerjaan, mencari wang di kala pandemik begini," katanya yang sedang mempelajari lebih mendalam mengenai agama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain